Rekaan Samsung W22 5G Diperlihatkan – Z Fold3 Untuk Pasaran China

TechnologyDigital
12 Oct 2021 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Fold tidak dilancarkan di China sebaliknya ia digantikan oleh Samsung W dengan beberapa perubahan dilakukan pada rekaan dan spesifikasi. Tahun ini Samsung W22 5G akan dilancarkan di China sebagai model peranti skin boleh-lipat paling mercu Samsung di negara tersebut.

image is not available

Poster promosi telahpun dikongsi oleh beberapa syarikat telekomunikasi China. Dapat dilihat Samsung W22 5G mempunyai rekaan yang sama cuma perubahan pada warna hitam yang berkilat dan bahagian engsel peranti kini berwarna emas dengan corak tekstur menarik. Peranti juga akan hadir dengan S Pen Pro dalam pakej yang sama lengkap dengan kemasan emas pada bahagian atas.

Dari segi spesifikasi W225G akan dilengkapi 16GB RAM dan storan 512GB. Ini adalah jumlah storan yang lebih besar berbanding Z Fold3 di Malaysia yang hanya dilengkapi 12GB RAM. Namun begitu selepas menerima kemas kini RAM Plus, pengguna Z Fold3 di Malaysia juga menikmati 16GB RAM dengan ciri memori maya. Di China Samsung W22 5G akan dilancarkan pada 22 Oktober.