6,145 Kes Baharu Hari Ini, Terendah Sejak 4 Julai

17 Oct 2021 • 6:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,145 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Angka terbaharu itu merupakan jangkitan harian terendah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh lebih tiga bulan lalu.

Kali terakhir kes terendah direkodkan ialah pada 4 Julai lalu, dengan jumlah sebanyak 6,045.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan di negara ini sebanyak 2,390,687 kes.

Kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu 7,509.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Berdasarkan data yang dikongsi di portal COVIDNOW tengah malam tadi, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 1,744 diikuti Sarawak (1,055), Johor (753), Kelantan (688), Sabah (639), Pulau Pinang (411), Kedah (403), Terengganu (383), Perak (307), Pahang (301) dan Melaka (261).

Kuala Lumpur pula merekodkan 259 kes, Negeri Sembilan (236), Putrajaya (37), Perlis (30) manakala Labuan hanya dua kes. - Getaran, 17 Oktober 2021