Konsep Perkhemahan Rimba Segara, Tawarkan Percutian Penuh Nostalgia di Langkawi

29 Oct 2021 • 5:31 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mengembalikan semula esen sebuah perkhemahan team Rimba Segara Langkawi menawarkan perkhidmatan percutian perkhemahan sebenar.

Membuang segala elemen perkhemahan berkonsepkan glamping atau apa sahaja yang mewah, asas perkhemahan amat dititikberatkan Rimba Segara Langkawi.

image is not available

image is not available

Misi Rimba Segara Langkawi hanya satu iaitu mengembalikan nostalgia perkhemahan sebenar yang pastinya bakal menjadi nostalgia untuk terus diingati memori pengunjung.

Sudah tentu konsep perkhemahan ini memerlukan lokasi yang menarik memastikan momen perkhemahan dapat dirasai semaksimum yang mungkin bersama pasangan atau rakan dan taulan.

image is not available

Lokasi perkhemahan yang menjadi pilihan pulau berdekatan dengan air terjun, pinggiran hutan dan persisiran pantai.

Anda nyatakan sahaja impian atau konsep perkhemahan yang anda dambakan, Rimba Segara pasti mampu menjadikan impian itu kepada realiti.

Jangan khuatir mengenai kemudahan perkhemahan. Kesemua kemudahan asas ketika berkhemah telah disediakan oleh Rimba Segara. Mereka hanya menanti anda untuk menikmati keindahan alam semula jadi di Langkawi.

image is not available

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan pada kadar RM199 satu khemah yang mampu memuatkan dua orang dewasa dalam satu masa.

Kos tersebut untuk perkhemahan selama dua hari satu malam sahaja. Makanan juga disediakan oleh pihak pengurusan.

image is not available

Apa yang perlu anda lakukan hanya tempah, bayar dan nikmati momen berharga itu.

Maklumat lanjut sila layari Instagram @rimbasegaramy

Sumber: Kaki Travel