DJI Action 2 Hadir Dengan Rekaan Kompak Dan Menambah Sambungan Magnetik, Harga Bermula RM1999

TechnologyDigital
27 Oct 2021 • 9:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI hari ini memperkenalkan DJI Action 2, iaitu sebuah kamera aksi bersaiz kompak, dan juga merupakan kemaskini kepada Osmo Action sebelum ini.

image is not available

DJI Action 2 hadir dengan kamera utama 12-megapixel dengan sokongan rakaman video sehingga 4K. Ia turut menyertakan sebuah skrin sentuh bersaiz 1.76-inci bagi memudahkan kawalan pada kamera berkenaan.

Kamera aksi ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada pengambaran swafoto biasa, penggunaan dalam bandar, ataupun untuk merakamkan aksi anda melakukan aktiviti lasak.

image is not available

Menariknya pada DJI Action 2 kali ini adalah sokongan sambungan berasaskan magnet untuk menambah sebarang modul tambahan – seperti bateri, cagak kamera, rantai leher dan sebagainya.

image is not available

Pengguna turut boleh menggunakan kamera ini untuk melakukan penstriman langsung, atau sebagai webcam. Ciri kamera aksi lain seperti penstabilan dan sebagainya turut disertakan, selain keupayaan untuk dihubungkan melalui sebuah aplikasi khusus.

image is not available

DJI Action 2 menawarkan penggunaan bateri sehingga 70 minit, dan 160 minit apabila digunakan bersama modul skrin sentuh hadapan, atau 180 minit apabila dihubungkan bersama modul bateri tambahan.

image is not available

Di Malaysia, DJI Action 2 ditawarkan pada harga bermula RM1999 untuk kombo DJI Action 2 ersama modul kuasa, lanyard magnetik dan cagak adaptor magnetik.

Pengguna turut boleh mendapatkan kombo pada harga RM2499 yang merangkumi DJI Action 2 bersama modul skrin sentuh hadapan, lanyard  magnetik, cagak adaptor sendi bola magnetik dan cagak adaptor magnetik.