Suzuki Jimny Kini Di Malaysia Dengan Harga RM168k

Cars
1 Oct 2021 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Suzuki Jimny

Suzuki Jimny generasi keempat kini tiba di Malaysia yang ditawarkan pada harga RM168,900 tanpa cukai jualan dan perkhidmatan oleh NAZA Eastern Motors. Pergh! Smart jugak.

BACA : Honda BR-V Terbaru Lancar Di Indonesia, Hadir Dengan Rekabentuk Baru Bersama Ciri Canggih

Menurut laporan Pandu Laju, terdapat empat warna yang korang boleh pilih bagi model import (CBU) ini iaitu Kinetic Yellow dan Bluish Black Pearl 3 (kuning-hitam), Jungle Green (hijau), Medium Grey(kelabu) dan Bluish Black Pearl 3 (hitam).

image is not available

Suzuki Jimny ini dikuasakan dengan enjin 1.5L bersama transmisi automatik 4-kelajuan. Ia juga hadir 2 saluran kuasa pemanduan iaitu kedua-dua roda belakang (RWD) ataupun semua roda (4WD) dengan sistem ALLGRIP PRO. 

Dalam saluran kuasa 4WD pula, pemandu boleh pilih ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) ataupun Kawalan Pegun Bukit (HHC). Pergh! Memang terbaik.

image is not available

Menariknya, Suzuki Jimny ini dilengkapi teknologi Program Stabiliti Elektronik (ESP). Sekiranya tayar hilang cengkaman, tork enjin dan brek dapat diselaraskan secara automatik tau.

Sekiranya berminat dengan Suzuki Jimny ini, korang boleh pergi ke showroom Suzuki 3S di Naza Automall, Petaling Jaya. Berkenan betul tengok warna Kinetic Yellow tu, nampak menyerlah. 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Suzuki Jimny Kini Di Malaysia Dengan Harga RM168k appeared first on Oh! Media.