Razer Dan Mihoyo Bekerjasama Untuk Membangunkan Aksesori Gaming Bertemakan Genshin Impact

TechnologyDigital
4 Oct 2021 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mihoyo, syarikat pembangun disebalik permainan mudah-alih popular Genshin Impact semalam melalui acara pengumuman penambahan kandungan 2.2 turut mengumumkan kerjasama diantara mereka dan juga syarikat pembuat aksesori gaming, Razer.

image is not available

Tiga produk yang diperkenalkan oleh kedua-dua syarikat ini termasuklah kerusi Razer Iskur X Genshin Impact Edition, tetikus gaming Razer Deathadder V2 Pro Genshin Impact Edition dan pad tetikus Razer Goliathus Medium Genshin Impact Edition.

image is not available

Aksesori-aksesori ini memperlihatkan rekaan maskot permainan tersebut, iaitu Paimon, dan dimana setiap pembelian aksesori-aksesori ini akan memberi pengguna Primogem percuma yang boleh digunakan untuk mendapatkan watak-watak ataupun senjata secara kotak tikam didalam permainan tersebut.

image is not available

Bukan itu sahaja, Razer dilihat akan memperkenalkan preset aksesori khusus untuk Genshin Impact melalui kemaskini perisian Razer Synapse yang akan memperbaiki mutu pengalaman anda bermain permainan Genshin Impact ini.

image is not available

Razer tidak mengesahkan bilakah aksesori-aksesori ini akan tiba, tetapi menurut mereka, ia akan diperkenalkan melalui laman web Razer Customs yang mana pengguna boleh menghantar rekaan-rekaan original mereka untuk disuaikan pada aksesori-aksesori Razer sedia ada.

View Original Article