Teaser Google Pixel 6 terbaharu sahkan penggunaan sensor 1.5 kali lebih besar

Digital
12 Oct 2021 • 2:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Seminggu sebelum dijadualkan diumumkan, semakin banyak maklumat tentang siri Pixel 6 mengalir masuk ke arena Internet. Teaser kali ini didakwa terbocor daripada Google sendiri berupa tangkap layar laman rasmi produk.

Maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya memperkukuhkan maklumat yang telahpun dkongsikan terlebih dahulu. Maklumat yang sedia ada adalah seperti penggunaan cip khas Google Tensor yang katanya dibangunkan Google sendiri untuk memperkeasa kedua-dua Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

image is not available

Kemudian, ia dilaporkan mengunakan sensor utama lebih besar, yang katanya menghimpun 150% lebih banyak cahaya berbanding generasi terdahulu. Ilustrasi yang disertakan menunjukkan perbezaan antara sensor lama dengan sensor yang baru.

image is not available

Kamera telephoto 48MP pada Pixel 6 Pro pula dilaporkan ada 4 kali zum optikal. Kelihatan seperti ia menggunakan lensa periskop seperti beberapa kamera Huawei yang lain.

image is not available

Pengguna boleh jangkakan banyak ciri computational photography disuntik pada telefon ini. Antara yang dikongsikan ialah ciri Magic Eraser yang boleh digunakan untuk membuang objek tidak dikehendaki daripada gambar. Kemudian, ada juga Face Unblur yang jadikan wajah kekal tajam walaupun gambar asalnya kabur.

image is not available
Magic Eraser

image is not available
Face Deblur

Google menjadualkan untuk melancarkan Pixel 6 dan 6 Pro pada 19 Oktober 2021.

Sumber: Carphonwarehouse, 2