Penduduk Selangor belum divaksin disaran hubungi PKD untuk temu janji

13 Oct 2021 • 8:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 OKT: Penduduk dewasa Selangor yang belum dihubungi untuk suntikan vaksin Covid-19 boleh mendapatkan temu janji di bilik gerakan vaksinasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook Dato’ Menteri Besar, golongan yang belum disuntik dos kedua atau sebarang dos boleh menghubungi nombor telefon atau emel disenaraikan bagi tujuan berkenaan.

“Segera hubungi talian tertera untuk mendapatkan vaksinasi berdasarkan kawasan kediaman atau berdekatan anda dalam tempoh terdekat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Bilik gerakan vaksinasi beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai 8 pagi ke 6 petang adalah di PKD Petaling, Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Sabak Bernam.

Program tersebut adalah bagi menbantu golongan berkaitan dalam usaha Kerajaan Negeri mempercepatkan imuniti kelompok.

image is not available

 

The post Penduduk Selangor belum divaksin disaran hubungi PKD untuk temu janji appeared first on Selangorkini.