Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya

16 Oct 2021 • 9:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bekalan air

Kini, bekalan air yang terjejas di 998 kawasan Lembah Klang sudah mencapai 98 peratus proses pemulihan sehingga jam 6 pagi tadi.

BACA: Ini Tarikh Bekalan Air Selangor Dijangka Pulih

Isu air terjejas ini akibat dari susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Dua wilayah mencapai 100 peratus

image is not available

Menurut Berita Harian, dalam kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), dua wilayah sudah mencapai tahap pemulihan sepenuhnya iaitu 100 peratus, di Petaling dan Gombak.

Ini menjadikan jumlah wilayah yang pulih sepenuhnya adalah enam. Sebelum itu, empat daripadanya adalah Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, dua lagi wilayah iaitu Kuala Lumpur dan Klang masing-masing mencatatkan pemulihan sebanyak 95.5 peratus dan 89.4 peratus.

Menurut kenyataan tersebut, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas juga berbeza kerana ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Jika pengguna mahu mengetahui status pemulihan kawasan terjejas, boleh melayari laman sesawang hentitugas.airselangor.com.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

The post Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya appeared first on Oh! Media.