
Maulidur Rasul ialah majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal.
BACA: Hukum Menyambut Maulidur Rasul SAW
Pelbagai acara sambutan boleh dilakukan seperti perarakan, ceramah dan berselawat sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Mana tidaknya, kita dapat lihat bahawa besarnya kelebihan orang yang menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW kerana berniat hendak mengadakan Maulud Nabi sahaja sudah dikira mendapat pahala.
Sempena Maulidur Rasul ini, mari kita uji pengetahuan kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan menjawab kuiz ini. Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati tentang riwayat hidup baginda. Mari kita cuba!
Macam mana okay tak? mesti senang je kan. Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita melakukan kebaikan serta melakukan perkara yang mampu menjunjungi Nabi Muhammad sebagai tanda rasa cinta kita kepada baginda.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Semoga perkara yang kita buat itu sekurang-kurangnya dapat mengubati rindu terhadap baginda serta mampu muhasabah diri menjadi seorang yang lebih baik. Insha Allah.
Kredit: Kuiz MaulidurRasul I Detik News I Shafiqolbu I Bidadari.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post KUIZ: Sempena Maulidur Rasul, Jom Uji Ingatan Anda Pada Nabi Muhammad SAW appeared first on Oh! Media.


