Undi 18: Portal semak pendaftaran pengundi 18 tahun kini aktif sehingga 31 Oktober 2021

Politics
1 Oct 2021 • 2:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Buat anda yang berumur 18 tahun ke atas pada tahun ini dan masih belum mendaftar menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum, anda boleh periksa portal semakan pra-pendaftaran MySPR SPPA. Berdasarkan rang undang-undang Undi 18 yang telah diluluskan di Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula mendaftarkan golongan yang disebutkan tadi secara automatik.

Cara untuk periksa maklumat pra-pendaftaran pemilih

Cara paling mudah adalah melalui portal MySPR SPPA. Apabila anda mendarat di laman web mereka, anda cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dalam ruang yang disediakan. Sekiranya anda tergolong dalam individu yang akan didaftarkan secara automatik, maklumat pendaftaran anda akan dipaparkan.

image is not available

Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk pastikan maklumat yang terpapar betul. Sekiranya anda telah menukar alamat kediaman, anda perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengemas kini alamat kediaman sebelum lokasi mengundi boleh diubah suai. Anda diminta untuk lakukannya sebelum 31 Oktober 2021.

image is not available

Sekiranya anda tiada akses Internet, anda boleh pergi ke mana-mana pejabat SPR untuk lakukan pengesahan.

image is not available
Bekas ketua pembangkang menyatakan sokongan kepada Undi 18

Inisiatif Undi 18 telah diluluskan dalam bulan Julai 2019 lalu semasa dibentangkan oleh Tun Mahathir Mohamad. Dalam Pilihan Raya ke-15 kelak, pertama kalinya dalam sejarah akan disertai oleh golongan 18 tahun dan keatas sebagai pemilih.