
SHAH ALAM, 27 OKT: Tiga skim pembiayaan baharu diperkenal Kerajaan Negeri hari ini bagi membantu usahawan memulih dan memulakan semula perniagaan terjejas susulan Covid-19.
Tiga skim tersebut meliputi i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
“Melalui program ini, kita meningkatkan jumlah pinjaman daripada RM50,000 kepada RM100,000 dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan,” katanya selepas melancarkan skim berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Tiga skim biaya Hijrah bantu usahawan pulih perniagaan appeared first on Selangorkini.
