Kad Grafik ASUS GeForce RTX 3070 Dengan Penyejuk Noctua Diperlihatkan

TechnologyDigital
1 Oct 2021 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lalu, kami telah melaporkan bahawa ASUS dan Noctua, syarikat pembuat komponen penyejukan komputer dilaporkan akan bekerjasama untuk membangunkan sebuah kad grafik yang disejukkan menggunakan kipas-kipas Noctua, dan kini, gambar produk tersebut telah tersebar ke arena internet.

image is not available

ASUS Vietnam baru-baru ini telah memperlihatkan rekaan kad grafik ini, yang berasaskan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dengan rekaan penyejuk tersuai dan menggunakan dua kipas penyejuk Noctua yang dikatakan Noctua NF-A12x25 yang dimuatkan pada bongkah penyejukan bersaiz tiga slot pengembangan PCIE.

image is not available

Butiran lanjut mengenai kad grafik ini tidak diketahui, tetapi melalui gambar-gambar yang diperlihatkan juga, kad grafik ini memerlukan dua palam lapan pin PCIe untuk menggerakkannya, dan yang lebih menariknya, ASUS dilihat menggunakan kipas berwarna coklat asal Noctua, dan bukan model Chromax yang menggunakan warna kelabu dan hitam.

Setakat ini juga ia tidak diketahui bilakah ASUS akan mengumumkan kehadiran produk ini secara rasmi, dan jika ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

Sumber: