Senator A.S Menggesa Joe Biden Menyenaraihitamkan Honor Seperti Huawei

TechnologyDigital
15 Oct 2021 • 5:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pentadbiran Presiden Joe Biden sekali lagi digesa oleh beberapa Senator untuk menyenaraihitamkan Honor kerana didakwa digunakan oleh Huawei untuk memintas halangan perdagangan yang digunakan. Beberapa Senator Marco Rubio, John Cornyn dan Rick Scott dari parti Republican menghantar surat kepada Joe Biden supaya mengenakan sekatan ke atas Honor kerana dilihat mendatangkan risiko keselamatan.

image is not available

Beijing dituduh menggunakan Honor untuk masih mengakses perisian dan perkakasan yang dihalang digunakan oleh Huawei selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti.Honor telah bebas dari Huawei sejak November tahun lalu selepas dijual kepada konsortium bandaraya Shenzen.

Sejak bergerak sendiri Honor dibenarkan berurusan semula dengan Qualcomm untuk cip, menggunakan GMS untuk pasaran global dan melakukan persetujuan dengan Microsoft. Untuk pelancarkan Honor 50 di Malaysia kelak, peranti disahkan menggunakan GMS serta Android tidak seperti Huawei yang menggunakan HMS serta HarmonyOS.

Sumber Reuters