Kereta Elektik Daymak Spiritus Melombong Kripto Ketika Tidak Dipandu

TechnologyDigitalCars
21 Oct 2021 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga kripto meningkat semua minggu ini selepas menjunam terus awal tahun ini selepas Tesla tidak menerima bayaran menggunakannya dan China mula menutup operasi perlombongan. Bagi mereka yang masih percaya dengan masa depan wang kripto akan menggantikan wang fiat, mungkin mereka boleh mempertimbangkan membeli kereta elektrik Daymak Spiritus.

image is not available

Daymak Spiritus ialah kereta elektrik tiga roda yang bukan boleh digunakan untuk melombong kripto ketika sedang tidak digunakan. Kesemua kripto seperti Bitcoin, Doge, Ethereum, dan Cardano yang dilombong kemudian disimpan di dalam dompet elektronik yang juga terbina pada kereta. Kereta ini direka dengan sasaran dipasarkan pada tahun 2023. Pengeluar berkata kemampuan melombong disertakan kerena mereka percaya menjelang 2023, penggunaan kripto untuk pembayaran akan menjadi perkara lazim.

image is not available

Prototaip pertama telah dibina dengan dua model akan dikeluarkan – Spiritus Deluxe dan Spiritus Ultimate. Deluxe dengan jarak perjalanan 289 km dan kelajuan maksimum 137 kmj dijual pada harga $20,000 (~RM83,000). Sementara itu Spiritus Ultimate dengan jarak 480 km dan kelajuan maksimum 209 kmj dijual pada harga $150,000 (~RM623,000).

View Original Article