Asus ROG Phone 5s Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999

Digital
9 Oct 2021 • 1:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Asus

Buat kaki-kaki gamers dekat luar sana, Asus telah memperkenalkan telefon pintar gaming terbaru mereka yang dikemaskini iaitu Asus ROG Phone 5s.

BACA : Ini Antara Komponen PC ASUS X GUNDAM Yang Akan Dilancarkan Pada 28 Februari Nanti

Menurut laporan Fuzz.my, ia didatangkan dengan dua varian iaitu ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro yang menawarkan spesifikasi dan fungsi yang dipertingkatkan.

Untuk ROG Phone 5s, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+  AMOLED bersama paparan 144Hz serta menyokong kandungan HDR10+. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+ yang didatangkan dengan dengan RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

image is not available

Baterinya pula dilengkapi dengan 6,000mAh dengan teknologi dua sel bateri bersama pengecasan pantas HyperCharge 65W.

Untuk kamera pula, kedua-dua varian didatangkan dengan tri-kamera iaitu kamera utama 64MP , 13 MP kamera sudut lebar dan 5 MP kamera mikro. Untuk kamera hadapan pula ia hadir dengan 24 MP.

Siri Asus ROG Phone 5s ini akan dijual bermula RM2,999. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh pra-tempah bermula 8 Oktober sehingga 24 Oktober dan akan menerima ROG Strix GO 2.4 yang bernilai RM749 secara percuma.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi mereka ya. 

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Asus ROG Phone 5s Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999 appeared first on Oh! Media.