Sony Xperia Pro-I dilengkapi sensor kamera 1” dan apertur boleh laras

Digital
26 Oct 2021 • 1:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kemas kini 26 Oktober 2021, 01:31 petang

Sony maklumkan yang Xperia Pro-I akan masuki Malaysia seawal Disember 2021 pada harga yan gbelum diumumkan.


Sony Xperia Pro-I adalah sekuel kepada Xperia Pro yang diperkenalkan kepada umum awal tahun 2021. Dalam tahun yang sama jugalah Pro-I diperkenalkan dengan naik taraf saunjana terutamanya pada bahagian kamera dan SoC.

Seperti kebanyakan telefon Sony Xperia lain penjualannya agak terhad dan berkemungkinan besar tidak akan menjengah pasaran Malaysia. Di Eropah sana, Xperia Pro-I dijual pada harga EUR1,799 (RM8,659). Harganya nyata amat keras untuk dimunasabahkan. Namun, anda kena lihat spesifikasinya terlebih dahulu.

Spesifikasi Sony Xperia Pro-I

Xperia Pro-I tampil dengan spesifikasi kamera premium. Ia menggunakan sensor 1" 12MP yang boleh anda temui pada RX100 VII. Ia menjelaskan modul kamera yang agak besar di bahagian belakang. Kalau anda masih ingat, dalam bulan Mei 2021 lalu kami laporkan Sharp Aquos R6 pun ada sensor 1" dan bahagian belakangnya nampak macam sebuah RX0 dilekatkan di bahagian belakang.

image is not available

Xperia Pro-I ada kelebihan kerana bukaan aperturnya boleh berubah sama ada F2.0 ataupun F4.0. Bukaan apertur luas berguna dalam keadaan malap kerana cahaya boleh masuk dalam kuantiti lebih banyak berbanding F4.0.

image is not available

Kelebihan F4.0 pula adalah mengehadkan cahaya bila berada dalam keadaan yang terang dan pada masa yang sama meghasilkan gambar yang lebih tajam, relative kepada F2.0/

Bersama-sama kamera utama itu, Sony turut membekalkan kamera telefoto 12MP (50mm) dan ultralebar 12MP (16MP), bersama-sama sebuah kaemra 3D iTOF untuk menentukan kedalaman medan.

image is not available

Komponen premium itu diselitkan bersama ciri premium. Ia boleh merakam video 4K pada kadar 120fps dengan kemampuan autofokus superpantas sepanjang masa.

Walau apapun, Xperia Pro-I masih sebuah telefon. Bahagian mukanya ada panel OLED 6.5" pada resolusi 4K dan refresh rate 120Hz. Atas papan utama, ia dilengkapi SoC Snapdragon 888, storan 512GB dan RAM 12GB. Storannya boleh diperluas melalui slot hibrid.

image is not available

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,5000mAh dengan pengecasan pada kadar 30W.

Bacaan Berkaitan

Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya