Google Photos adalah antara yang terawal menawarkan ciri memaparkan memori-memori silam, memori indah dan pelbagai memori lain berdasarkan imej-imej yang pengguna simpan di platform mereka. Setiap memori ini akan hadir dalam bentuk seakan Story, karusel, kolaj dan banyak lagi.
Terkini, Google Photos mengumumkan yang memori-memori ini sudah boleh diakses daripada laman web. Buka sahaja laman web Google Photos, log masuk akaun Google dan jika ada memori tersedia ia akan terus dipaparkan dalam bentuk karusel.
Starting this week, your Memories will be available at the top of your gallery when you log into Google Photos from your computer, so you can always look back on some of your best photos and recent highlights, no matter what device you’re on. pic.twitter.com/aPhns7tlUR
Pengguna turut boleh melakukan kustomasi untuk memori apa yang akan dipaparkan seperti gambar-gambar daripada tahun lepas, rumusan gambar terkini atau juga yang mengikut tema seperti musim perayaan.

