Sentuhan Dan Pandangan Pertama Samsung Galaxy A52s 5G

Digital
13 Oct 2021 • 5:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Apabila sebut tentang telefon pintar Samsung, tentu kita ingat suatu masa dahulu Samsung antara jenama pertama memperkenalkan sistem Android yang menjadi kegilaan orang ramai. 

Kemajuan telefon pintar jenama Samsung telah menjadi satu lonjakan yang pantas di dalam dunia teknologi masa kini.

Sentuhan dan pandangan pertama Teknovasi hari ini ingin membuat review model terbaharu telefon pintar keluaran Samsung iaitu Galaxy A52s 5G.

image is not available

 Apabila membuka kotak bungkusan model ini, hati tertawan dengan reka bentuknya dan teruja untuk menggunakannya. 

Sebagai permulaan tetapan, telefon ini akan meminta anda secara terus untuk mencipta beberapa kaedah kunci skrin yang selalunya ada pada setiap telefon pintar seperti kata laluan. Kaedah kunci skrin seperti pengesan wajah dan pengimbas cap jari pada skrin masih dikekalkan. 

Kebiasaan anak muda zaman kini akan melihat dan meneliti terlebih dahulu kualiti dan kehebatan sesebuah kamera yang ditonjolkan pada peranti tersebut. 

Jika gemar merakam gambar atau video, anda pasti teruja dengan kehebatan teknologi kamera model Samsung ini. Hasilnya cukup eksklusif!

Begitu juga dengan teknologinya bunyi yang ternyata lebih hebat berbanding model terdahulu. Pendek kata sekiranya gemar mendengar lagu dan bermain permainan dalam talian, anda pasti berpuas hati dengan kualiti bunyinya meskipun tanpa menggunakan fon telinga. 

Tambahan pula, model ini masih lagi menggunakan teknologi Fast Charging yang akan memudahkan pengguna kerana mengambil masa yang singkat untuk memenuhkan bateri. Ini pastinya memudahkan pengguna yang menggunakan telefon pintar dalam urusan kerja dan aktiviti harian. 

Jadi tunggu apa lagi? Pembelian telefon pintar Galaxy A52s 5G boleh dilakukan di laman sesawang Samsung

Gambar: Samsung