iPhone SE 3 Dijangka Mengekalkan Rekaan Sama – Menambah 5G, Cip Apple A15

TechnologyDigital
9 Oct 2021 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia diperkatakan bakal memperkenalkan iPhone SE generasi baharu pada tahun hadapan, 2022. Ia akan menjadi iPhone SE generasi ketiga, dimana ia disasarkan untuk pengguna baharu atau di negara membangun, sekaligus membolehkan orang ramai menyertai ekosiste dan menikmati iPhone pada harga lebih mesra poket.

Mengikut laporan terbaru, Apple dijangka akan mengekalkan rekaan industri sama untuk iPhone SE 3 ini kelak. Sekiranya benar, maka kita akan melihat Apple mengekalkan penawaran Touch ID pada iPhone SE 3, selain menggunakan skrin LCD.

image is not available

Namun, pada bahagian dalaman, Apple dijangka menambah menggunakan cip Apple A15, selain menyertakan sokongan selular 5G bersama dengannya.

Ini sekaligus akan menjadikan iPhone SE 3 sebagai iPhone dengan sokongan 5G pada harga kompetitif – dan mungkin berbaloi bagi ramai ketika pelbagai negara sedang beralih ke 5G.

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 3 pada pertengahan pertama 2022 kelak.