SteelSeries Memperkenalkan Papan Kekunci Gaming Apex 3 Baru Dengan Kemampuan Kalis Air

TechnologyDigital
13 Oct 2021 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SteelSeries, salah satu jenama pembuat aksesori gaming yang cukup terkenal baru-baru ini dilihat memperkenalkan papan kekunci terbaru mereka yang dinamakan SteelSeries Apex 3 yang hadir dengan saiz tenkeyless dan sistem pencahayaan RGB.

image is not available

Papan kekunci ini hadir dengan kekunci membrane yang senyap, dan dilengkapi dengan sokongan untuk beberapa perisian seperti SteelSeries Engine yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai pelbagai tetapan kekunci dan sistem pencahayaan RGB mereka yang dinamakan Brilliant PrismSync Lighting, yang juga membolehkan pengguna untuk mengubahsuai tetapan pencahayaan ini dengan mudah.

image is not available

Akan tetapi, kemampuan utama papan kekunci Apex 3 ini ialah ia mempunyai klasifikasi kalis air dan debu IP32 yang sedikit sebanyak membantu mengelakkan komponen-komponen dalaman papan kekunci ini daripada terkesan akibat habuk dan juga air.

image is not available

SteelSeries mengatakan bahawa papan kekunci ini sudah hadir di beberapa pasaran terpilih pada harga $44.99 (RM190).