Ramai Terkejut Tengok Sudah Belanja Puluhan Ribu, Lelaki Ini Tunjuk Cara Semak Jumlah Belanja Di Shopee

7 Oct 2021 • 6:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shopee

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin berani untuk berbelanja secara online. Antara medium yang digunakan adalah Shopee, Lazada dan ada juga yang berbelanja dengan penjual online yang selalu buat sesi siaran langsung.

Keyakinan rakyat Malaysia untuk berbelanja secara online ini semakin meningkat selepas dunia dilanda pandemik. Memandangkan kita tidak dapat keluar rumah dan kedai-kedai perniagaan juga ditutup, kita tiada pilihan lain selain daripada membeli secara online. Tapi korang tahu tak berapa banyak yang sudah kita habiskan dengan berbelanja secara online ni?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @faizedzahar berkongsi cara-cara untuk kita mengira jumlah perbelanjaan sepanjang menggunakan Shopee. Dia juga memaklumkan telah berhabis sebanyak RM35,902.78 sepanjang menggunakan Shopee.

Alat untuk mengira jumlah perbelanjaan ini dimaklumkan telah dihasilkan oleh Ahmad Saiful Bahri. Berikut antara cara untuk melakukannya:

  1. Langkah pertama kita perlu mendapatkan kod untuk melakukan pengiraan jumlah perbelanjaan akaun Shopee kita. Kod ini boleh didapatkan di laman GitHub dan tekan butang copy seperti gambar di bawah.

image is not available

2. Log masuk akaun Shopee korang menggunakan komputer atau laptop.

image is not available

3. Untuk memaksukkan kod tadi, korang perlu tekan right click, pilih inspect dan klik tab console.

image is not available

4. Dekat paparan console itulah baru korang paste kod yang sebelum ini dan tekan enter. Pada waktu ini sistem akan mengambil semua data pembelian barang secara terperinci yang pernah korang lakukan.

image is not available

5. Sebaik sahaja sistem selesai mencari, senarai setiap barang yang korang beli akan keluar secara automatik dan jumlah keseluruhan boleh dilihat pada bahagian bawah.

image is not available

Jadi, berapa banyak yang korang dah habiskan berbelanja dekat Shopee setakat hari ini? Apapun, semoga cara yang dikongsikan ini dapat memberi korang peringatan untuk sentiasa berjimat. Walaupun mungkin kita rasa kita berjimat sebab beli di Shopee pada harga yang lebih murah, tapi mungkin kita sebenarnya telah membeli banyak barang yang tidak berapa penting.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Ramai Terkejut Tengok Sudah Belanja Puluhan Ribu, Lelaki Ini Tunjuk Cara Semak Jumlah Belanja Di Shopee appeared first on Oh! Media.