Google Pixel 6 Akan Menerima Kemaskini Selama Lima Tahun

TechnologyDigital
10 Oct 2021 • 12:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober depan. Ia adalah peranti pertama Google yang menggunakan cip Tensor keluaran sendiri. Hari ini spesifikasi produk sekali lagi telah tertiris awal menerusi Carphone Warehouse. Dari laman ini disahkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan diberikan sokongan kemas kini sehingga lima tahun.

image is not available

Kemas kini adalah dalam bentuk tampalan sekuriti selama lima tahun. Sokongan kemas kini sistem operasi belum diketahui tetapi sebelum sokongan sehingga tiga versi diberikan kepada peranti Pixel. Sekiranya maklumat ini disahkan di acara pelancaran kelak, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan menjadi peranti paling lama disokong selepas Fairphone 4.

Sumber @evleaks