Selamat Jalan, Mamat Khalid

24 Oct 2021 • 1:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Instagram @tiarajacquelina dan @azizmosman

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian sutradara tersohor Mamat Khalid.

Menurut Bernama, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58 yang terkenal dengan filem arahannya seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, telah rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Selepas berita pemergiannya diketahui umum, ramai rakan seindustri dan orang-orang kenamaan meluahkan rasa hiba mereka di laman media sosial masing-masing. Kami kongsikan beberapa reaksi.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Halimah Mohamed Sadique (@halimahsadique)

        View this post on Instagram                      

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

        View this post on Instagram                      

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

        View this post on Instagram                      

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

        View this post on Instagram                      

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman)

Jelas terbukti pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar buat dunia perfileman tempatan. Sumbangannya kepada industri seni akan terus diingati. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa-dosanya. - Getaran, 24 Oktober 2021