HBO Go Kini Menawarkan Langganan Pada Harga RM69.90 Untuk 3 Bulan

TechnologyDigital
20 Oct 2021 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HBO Go kini dilihat mengambil kaedah langganan yang dilakukan oleh Disney+ Hotstar, dengan menawarkan pelan langganan selama tiga bulan, pada harga lebih rendah berbanding langganan bulanan.

Di Malaysia, kini HBO Go hadir dengan dua pakej langganan, iaitu pada harga RM34.90 sebulan, atau RM69.90 untuk tiga bulan. Ini sekaligus menjadikan harga langganan jatuh pada harga RM23.30 sekiranya pakej selama tiga bulan diambil.

image is not available

HBO Go merupakan perkhidmatan penstriman yang turut menawarkan sejumlah siri-TV dan juga filem, dari Warner Media. Selain langganan berasingan, HBO Go juga turut ditawarkan melalui langganan Astro.