Bekas Ketua Jurutera Sennheiser Hadir Dengan TWS Tersendiri “Grell TWS-1” Untuk Bersaing Dengan AirPods Pro

TechnologyDigital
6 Oct 2021 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasaran set fon telinga nirwayar dilihat semakin menjadi-jadi. Terkini, bekas ketua jurutera SennheiserAlex Grell hadir dengan syarikat audio tersendiri yang dinamakan sebagai Grell Audio. Melaluinya mereka telah hadir dengan TWS pertama yang digelar Grell TWS-1.

image is not available

TWS ini menggunakan pemacu audio 10mm jenis dinamik, menyokong penalaan melalui aplikasi SoundID dan akan mempunyai profil audio seakan Sennheiser HD 650. Grell TWS-1 turut hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif jenis adaptfi yang digabungkan dengan teknologi noise annoyance reduction (NAR).

image is not available

Melalui dua teknologi ini ia boleh mengesan hingar pada frekuensi yang lebih tinggi dan menjadikan audio pada setiap fon telinga lebih kuat untuk pengalaman pendengaran yang lebih memuaskan. Untuk sambungan ia menyokong Bluetooth 5.2 dan codec SBC,AAC,aptX HD, aptX, aptX Adaptive serta LHDC.

image is not available

Rekaan yang agar besar dengan permukaan bulat yang rata ini dilindungi dengan panel kaca dengan sokongan pad sesentuh untuk kawalan serta mempunyai perlindungan IPX4. Bateri Grell TWS-1 boleh bertahan sehingga 28 jam dengan ANC dan 35 jam tanpa ANC bersama dengan pod pengecasan.

image is not available

Grell Audio mengharapkan TWS pertama mereka ini boleh bersaing dengan AirPods Pro, Galaxy Buds Pro serta menyasarkan penggemar audio yang sibuk. Ia dijual pada harga $199.99 iaitu sekitar RM836. Jualan pertama adalah melalui laman web Drop dan kedai atas talian mereka turut akan dibuka tidak lama lagi.