Anker Soundcore Liberty 3 Pro Menyokong ANC Dan LDAC

TechnologyDigital
8 Oct 2021 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker Soundcore Liberty 3 Pro dilancarkan semalam sebagai TWS yang bukan sahaja menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) tetapi juga codec audio resolusi tinggi LDAC. Fon telinga dari jenis dalam telinga ini dilengkapi dua pemandu audio berbeza. Satu sebesar 10.6 mm untuk audio biasa dan satu lagi pemandu yang diletakkan sebaris untuk treble.

image is not available

Selain LDAC, codec AAC dan SBC juga disokong. Seperti kesemua TWS modem ia mempunyai mod tembus untuk memudahkan pemakai mendengar audio sekeliling ketika berjaya, audio 3D surround dan sistem yang menala audio mengikut telinga pengguna. Enam mikrofon pada putik audio memastikan sistem ANC beroperasi dengan baik dan juga menyokong kecerdasan buatan bagi memastikan suara percakapan adalah jelas.

image is not available

Bagi yang gemar bersukan, Liberty 3 Pro melepasi piawaian IPX4 kalis peluh. Setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 8 jam dan sehingga 32 menggunakan pod simpanan. Pengecasan semula adalah menerusi port USB-C tetapi ia juga boleh dicas secara nirwayar. Pad sesentuh untuk kawalan audio turut disertakan. Sepasang Anker Soundcore Liberty 3 Pro dijual pada harga $170 (~RM711).