Kematian Akibat COVID-19 Di AS Sudah Lebih 700,000

WorldHealth & Fitness
3 Oct 2021 • 12:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan ke atas seorang pesakit COVID-19 yang tidak divaksin di Unit Rawatan Kecemasan Pusat Perubatan Cedars-Sinai Tarzana, California, AS. - Gambar AFP

NEW YORK - Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi 700,000 orang, menurut Universiti Johns Hopkins pada Sabtu.

Sejak bermulanya pandemik jumlah kes sehingga kini telah melebihi 43,621,268, lapor Agensi Anadolu.

California, negara paling teruk terjejas dengan 4,729,000 kes diikuti Texas (4,077,000) dan Florida (3,620,000).

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, 77 peratus orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala kira-kira 66 peratus lengkap dua dos.

Lebih 214.5 juta orang menerima dos pertama dan lebih 184.9 juta dos kedua. - Bernama