Realme GT Neo 2 Diumumkan Di India Dengan Snapdragon 870 Dan Kamera 64MP

TechnologyDigital
13 Oct 2021 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT Neo 2 telah dilancarkan di India sebentar tadi dan tiada sebarang perubahan pada spesifikasi dengan versi yang diumumkan di China, tempoh hari. Melaluinya, Realme GT Neo2 masih kekal menggunakan skrin 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+ (1080×2400 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Ia juga dijana oleh cip Snapdragon 870 5G, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart Charge. Dalam pada itu, ia juga mempunyai sistem penyejukan dinaik-taraf menerusi teknologi gel yang mengadungi partikel berlian dan lapisan graphene untuk aliran haba lebih baik. Tetapan kamera pula terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Manakala, pada bahagian hadapan pula kamera 16MP disertakan dalam sebuah lubang skrin.

image is not available

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.2, NFC, pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C, pembesar suara stereo, menjalankan Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Di India, Realme GT Neo 2 dijual pada harga bermula ₹31,999 (~RM1,767).