Intel Core Generasi ke-12: 3 perkara anda perlu tahu

Digital
28 Oct 2021 • 3:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Intel secara rasminya telah mengumumkan CPU generasi baharu mereka iaitu keluarga Alder Lake ataupun boleh turut dirujuk sebagai CPU Intel Generasi ke-12.

Sebagai permulaan, mereka memperkenalkan 6 SKU dengan pelbagai paras clockspeed untuk dipilih pengguna. Perlu diingatkan yang keluarga ini masih belum lengkap kerana kita masih belum melihat penyertaan daripada subkategori Core i3.

Enam SKU pertama pada harga bermula USD264

Anda diberikan enam model (SKU) untuk dipilih iaitu:

  • i9-12900K
  • i9-12900KF
  • i7-12700K
  • i7-12700KF
  • i5-12600K
  • i5-12600KF

Enam SKU ini boleh digolongkan dalam kategori:

  • Dengan GPU terbina dengan model nombor berakhir K
  • Tanpa GPU terbina dengan model nombor berakhir KF

Untuk edisi kali ini, Intel menggunakan rekaan cip seperti yang digunapakai pada cip telefon pintar iaitu campuran teras berkuasa tinggi dengan yang cekap tenaga (heterologous). Di Intel, mereka menamakannya sebagai P-Core untuk teras berkuasa tinggi manakala teras cekap tenaga dipanggil E-Core.

Berikut adalah senarai SKU dengan kelajuan clockspeed yang dimiliki mereka.

image is not available

Anda perlukan papan utama baru

Bersama-sama dengan SKU itu, Intel turut memperkenalkan cipset siri 600 dengan cipset pertama iaitu Intel Z690 yang diperlukan untuk memacu CPU baharu ini. Papan utama ini akan mengugnakan soket LGA1700, juga yang baharu, akan menyokong sama ada RAM DDR4 ataupun DDR5.

image is not available

Satu perkara menarik tentang papan utama berasaskan cipset Intel Z690 adalah mereka dilengkapi WI-Fi 6E (Gig+). Perkara ini adalah satu berita baik untuk yang ingin membina desktopberasaskan CPU baharu ini apabila mereka tak perlu lagi mendapatkan kad Wi-Fi secara berasingan.

Intel tak lagi gunakan TDP untuk gambarkan penggunaan tenaga

CPU Intel sebelum-sebelum ini menggunakan unit Thermal Design Power (TDP) bagi memaklumkan tentang paras penggunaan tenaga CPU mereka. Perkara ini dilihat mereka sebagai kurang tepat kerana sebilangan CPU mereka boleh di-overclock untuk tingkatkan kelajuan dan ia tentu sekali mempertingkat penggunaan tenaga.

image is not available

Makanya, bermula dengan generasi ke-12, Intel memperkenalkan dua istilah iaitu:

  • Processor Base Power
  • Maximum Turbo Power

Berikut adalah profil penggunaan tenaga untuk SKU yang telah diumumkan.

image is not available

Sumber: AnandTech

Bacaan Berkaitan