Black Shark 4S Pro Mungkin Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi – Snapdragon 888+, Skrin 144Hz Dan Pengecasan 120W

TechnologyDigital
5 Oct 2021 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Black Shark 4 adalah antara peranti permua terbaik yang pernah kami uji di Makmal Amanz. Itu baru dengan Snapdragon 870 belum lagi Snapdragon 888 pada Black Shark 4 Pro. Keunikan peranti ini adalah ia mempunyai butang fizikal pada bahu peranti yang mana pesaing hanya menggunakan butang sesentuh dengan kesan haptik sahaja.

Terkini, peniris terkenal di China yang sejak kebelakangan ini mendedahkan maklumat yang tepat menyatakan Black Shark akan hadir dengan model peranti yang dijana Snapdragon 888+. Peranti ini digelar sebagai Black Shark 4S Pro.

image is not available

Selain cip terkini berkuasa daripada Qualcomm, ia turut akan mempunyai skrin kadar segar semula 144Hz dan sokongan pengecasan pantas 120W. Buat masa ini spesifikasi lain masih tidak diketahui, tetapi dikhabarkan mungkin kekal sama sahaja.

Harga jualan dan tarikh pelancaran juga masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan.