YADIM Dalam Perbincangan Untuk Membeli 10% Kepentingan Saham Nurflix

TechnologyDigital
8 Oct 2021 • 7:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) kini mengesahkan yang mana mereka sedang dalam proses memuktamadkan terma perjanjian sebelum YADIM melalui proksi anak syarikatnya membeli 10% kepentingan saham dalam syarikat Nurflix.

image is not available

Nurflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang memfokuskan kepada kandungan Islamik, malah baru-baru ini turut telah mula menambah kandungan berbentuk animasi kisah Nabi.

YADIM mengatakan menerusi 10% pegangan dalam Nurflix, ia akan membolehkan YADIM dalam kedudukan strategik untuk terus meneroka ruang baru dakwah melalui bidang hiburan dan pendidikan Islamik dalam arus perdana melalui teknologi penstriman.

Melalui laporan MalaysiaKini, ia dikatakan nilai pelaburan ini adalah sekitar RM1 juta. Sekiranya benar, maka ia sekaligus meletakkan nilai keseluruhan syarikat Nurflix adalah sekitar RM10 juta. 

View Original Article