Muat Turun iOS 15.0.1 dan iPadOS 15.0.1 Untuk Menyelesaikan Isu Nyahkunci Apple Watch

TechnologyDigital
2 Oct 2021 • 1:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejurus selepas iOS 15 dan iPadOS 15 dlancarkan beberapa minggu yang lalu, muncul isu sistem nyahkunci menggunakan Apple Watch tidak lagi berfungsi pada iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro dan 13 Pro Max. Peranti mengatakan Apple Wacth tidak bersambung kepada peranti untuk mengaktifkan ciri yang amat berguna bagi mereka yang menggunakan pelitup muka.

Dengan isu dilaporkan banyak pengguna, Apple pantas menyelesaikan isu ini dengan memberikan kemas kini iOS 15.0.1 dan iPadOS 15.0.1 hari ini. Saiz kemas kini adalah kecil kerana hana menyelesaikan isu-isu kecil sahaja. Pada iPad pula, kemaskini menampal isu skrin tetapan dan audio meditasi yang tidak berfungsi dengan baik.