Kain lap RM99 Apple mula tiba ke tangan pembeli, apa yang menarik?

Digital
26 Oct 2021 • 11:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Apa sajalah yang dijual Apple tidak laku keras, walau kain lap sekalipun. Kalau anda buat tempahan kain lap Apple sekarang, ia akan dipenuhi dalam tempoh seawal 2022 nanti. Tapi dalam pasaran luar sana, ada orang yang membuat tempahan sudahpun menerimanya.

image is not available

Melalui beberapa perkongsian gambar yang dilakukan, pengguna tersebut menunjukkan bagaimanakah rupa pempakejan kain lap yang dijual dan keadaan kain itu sendiri.

Kotaknya agak besar untuk sehelai kain pengelap. Keadaannya yang hadir dalam kotakpun agak pelik sebab kalau kain lap di kedai luar sana, semuanya digantung begitu sahaja tanpa sebarang pembungkusan. Warna kainnya agak gelap berbanding gambar yang dimuat naik dalam laman rasmi produk. Mungkin ada kaitan dengan pencahayaan.

Menurut Apple, kain ini boleh digunakan untuk mengelap semua paparan Apple daripada iPhone, Watch, hinggalah Mac. Mereka tidak berkongsikan materi yang digunakan dalam penghasilan kain tapi penerangan produknya berbunyi "dibuat daripada bahan lembut dan tidak melelaskan".

Bacaan berkaitan

COVID-19: Apple Ajar Cara Sebenar Untuk Nyahkuman iPhone Anda

Samsung berkongsi tips, cara-cara menjaga kebersihan peranti

Pastikan anda elak 4 bahan ini ketika bersihkan skrin telefon