Donald Trump Mahu Membangunkan Platform Media Sosial Sendiri – Dinamakan TRUTH Social

TechnologyDigital
21 Oct 2021 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Donald Trump, mantan Presiden Amerika Syarikat ke-34 telah ditutup akaunnya di platform-platform media sosial seperti Twitter dan Facebook kerana dikatakan telah menyebarkan berita palsu dan menyebabkan pergaduhan atas-talian yang cukup serius sekali.

Oleh kerana itu, Donald Trump dilaporkan mahu membangunkan platform media sosialnya sendiri yang dinamakan TRUTH Social. Menurut Trump, platform ini dibangunkan untuk memberikan suara kepada pihak konservatif yang dikatakan telah dikuburkan oleh syarikat-syarikat seperti Google, Facebook dan Twitter yang mana Facebook dan Twitter telah menutup akaunnya pada awal tahun ini atas sebab ciapan dan posnya yang menyebabkan insiden rusuhan di Capitol Hill.

Pembukaan TRUTH Social ini juga dilihat akan memberi suara kepada Donald Trump, yang mana sepanjang empat tahun naungannya sebagai Presiden Amerika Syarikat telah menyebabkan pelbagai perbalahan dan salah faham bukan sahaja diantara rakyat Amerika Syarikat, tetapi di arena global juga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TRUTH Social, ujian beta untuk platform media sosial terbaru ini akan dibuka pada bulan November kelak kepada pengguna-pengguna terpilih terlebih dahulu, sebelum ia dibuka ke umum sekitar suku pertama tahun hadapan.

Sumber: Engadget