Facebook, Instagram Dan WhatsApp Menghadapi Masalah Untuk Diakses

TechnologyDigital
5 Oct 2021 • 12:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini dilihat menghadapi masalah teknikal, sekaligus membuatkan perkhidmatan mereka seperti Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp menghadapi masalah untuk diakses.

Pelbagai aplikasi dan web yang berkaitan dengan perkhidmatan berkenaan memaparkan mesej sukar untuk diakses, selain tidak memaparkan perkongsian terkini – selain turut menyukarkan proses komunikasi.

Pihak Facebook mengesahkan masalah ini, dan mengatakan sedang menyelesaikannya secepat mungkin.