Menghadap telefon, tablet terlalu lama boleh percepatkan penuaan kulit. Sunplay Skin Aqua boleh bantu selesaikan

Beauty
24 Oct 2021 • 10:14 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SAMA ADA bekerja ataupun sedang mengisi masa lapang, telefon bimbit, tablet dan komputer riba memang akan sentiasa menjadi peneman.

Namun, jika terlalu lama menggunakan peralatan digital, kita boleh terdedah kepada cahaya biru yang akan menyebabkan tekanan oksidatif, sekali gus mempercepatkan penuaan kulit.

image is not available

Namun, usah terlalu risau kerana Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+ PA++++ yang telah dipertingkatkan dengan teknologi Solarex-5 dapat mengekang masalah tersebut.

 

image is not available

Inovasi terkini itu dapat melindungi kulit anda dengan lebih berkesan daripada kesan bahaya UVA/UVB dan memberi perlindungan daripada cahaya biru dan cahaya inframerah. Ia juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit," kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Produk tersebut terdiri daripada dua variasi iaitu UV Super Moisture Essence dan UV Super Moisture Gel yang diformulasi dengan ekstrak snow fungus yang dapat membantu melembapkan kulit kering sehingga mencapai keadaan penghidratan yang optimum.

image is not available

 

"Jika jenis kulit anda lebih kering, pilihlah variasi UV Super Moisture Essence yang dirumus dengan tiga jenis asid Hyaluronic untuk kesan pelembapan yang lebih tinggi. Kulit juga akan lebih segar dan tanpa rasa berminyak," ujar kenyataan itu lagi.