Rentas negeri: Remaja 12-17 tahun, kanak-kanak dibenarkan

10 Oct 2021 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana mengambil kira faktor kumpulan berkenaan belum boleh menerima vaksin Covid-19.

“Dari segi kanak-kanak, oleh kerana mereka belum mendapat vaksin, kitalah (ibu bapa) perlu menjaga mereka dan pastikan tidak membawa anak-anak ke tempat perhimpunan ramai dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini. - Awani