Honor Malaysia Mengesahkan Honor 50 Akan Mempunyai GMS – Pelancaran Malaysia Pada 18 Oktober

TechnologyDigital
12 Oct 2021 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Malaysia kini telah mengesahkan yang mana penawaran Honor 50 untuk pasaran Malaysia akan turut hadir dengan sokongan Google Mobile Services (GMS). Ini sekaligus akan memudahkan pengguna menikmati sejumlah perkhidmatan web popular, termasuk mengakses ke kedai aplikasi Google Play Store.

image is not available

Pada masa yang sama, Honor turut mengatakan Honor 50 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya pada 18 Oktober 2021 kelak. Pelancaran di Malaysia menjadikan ia adalah pelancaran pertama untuk pasaran global, di luar China.

Honor 50 hadir dengan cip Snapdragon 778G, selain turut menyertakan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dan juga kamera utaa 108-megapixel.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Honor 50 secara rasminya pada minggu hadapan, dan berapakah harga jualannya di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved