Twitter Jadikan Gangguan FB, IG Dan WhatsApp Bahan Sindiran

EntertainmentTechnology
5 Oct 2021 • 12:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pengguna media sosial memeriksa telefonnya ketika Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami gangguan selama hampir 6 jam. - Gambar AFP

Pengguna media sosial memenuhi Twitter sebagai reaksi kepada gangguan yang dialami oleh Facebook, Instagram dan WhatsApp, yang berlarutan selama enam jam bermula tengah malam tadi.

Perkhidmatan berkenaan yang dimiliki oleh Facebook, tidak boleh diakses menerusi web dan telefon pintar.

Twitter dan Reddit merupakan antara syarikat teknologi yang menyindir pesaing mereka.

Malah nama-nama besar dalam hiburan termasuk Dolly Parton, turut terlibat. Yang lain, menggunakan Twitter untuk menyindir dan menjadikan insiden malam tadi sebagai sindiran.

Selain itu, pemberi maklumat seperti Edward Snowden, mempunyai perspektif sendiri dalam isu gangguan itu.

Beliau dikenali sebelum ini kerana mendedahkan bagaimana kerajaan Amerika Syarikat memantau rakyatnya. 

Dalam pada itu, akaun rasmi Twitter Netflix, menggunakan drama Korea, Squid Game sebagai sindiran.

Drama itu menjadi terkenal di peringkat antarabangsa malah Ketua Pegawai Operasi (CEO) Netflix, Ted Sarandos meramalkan drama berkenaan akan menjadi rancangan paling ditonton dalam striming.

Netizen juga tidak ketinggalan menjadikan gangguan berkenaan sebagai bahan sindiran.

Ada sesetengah netizen yang mula mengimbau kembali bagaimana keadaan ketika orang ramai menggunakan MSN Messenger suatu masa lalu, tanpa masalah.