Sony SRS-NS7 Dilancarkan – Speaker Leher Pertama Dengan Dolby Atmos

TechnologyDigital
6 Oct 2021 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem audio Dolby Atmos mampu menawarkan pengalaman audio yang paling menyeluruh. Ia digunakan di panggung wayang dan juga kini di rumah. Perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Apple TV+ dan Apple Music antara yang terawal menyokong Dolby Atmos. Tetapi pada waktu ini sistem Atmos masih lagi terlalu mahal bagi golongan kebanyakan.

image is not available

Hari ini Sony SRS-NS7 telah dilancarkan sebagai speaker yang digantung pada leher pertama menyokong Dolby Atmos. Ia dilengkapi dua pemandu audio 33mm yang menembak ke atas dan dua lagi radiator untuk bass. Bahagian penutup pemandu audio diperbuat daripada fabrik tetapi aksesori audio ini masih melepasi piawaian IPX4.

image is not available

Selain Dolby Atmos, SRS-NS7 juga menyokong audio spatial 360 Sony dan DSEE. Sementara itu codec yang disokong pula ialah SBC, AAC, dan LADC. Untuk mengurangkan sela masa, pemancar WLA-NS7 turut ditawarkan Sony untuk televisyen Bravia mereka.

Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 12 jam atau sehingga 5 jam pada tetapan audio paling tinggi. Pengecasan semula adalah menerusi port USB-C. Menerusi tambatan bluetooth, fon leher ini boleh digunakan sehingga 30 meter secara nirwayar dari sumber. Sebuah Sony SRS-NS7 dijual pada harga $300 (~RM1253) dalam warna kelabu

View Original Article