Twitter Ingin Mengintegrasikan Koleksi NFT Terus Pada Profil Pengguna

TechnologyDigital
25 Oct 2021 • 9:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter sedia membolehkan pengguna melakukan sumbangan atau tip dalam bentuk Bitcoin. Selain daripada itu, Twitter juga kini sedang membangunkan ciri integrasi NFT pada platform mereka.

Melalui kod pembangunan awal, Twitter dilihat menambah sebuah tab baharu dinamakan “Collectibles” pada bahagian profil pengguna, sekaligus memudahkan pengguna mengintegrasikan dan memaparkan koleksi NFT masing-masing pada profil.

image is not available

Menariknya, melalui integrasi rantaian blok juga, pengguna boleh melihat maklumat dan informasi sesuatu NFT terus dengan mudah pada Twitter.

Ciri ini masih sedang pada peringkat pembangunan lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan secara rasminya.