Sony Alpha 7 IV Dilancarkan Dengan Sensor 33MP Bingkai Penuh Untuk Keperluan Hibrid Video dan Fotografi

TechnologyDigital
22 Oct 2021 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Alpha 7 IV diumumkan lewat malam semalam sebagai model kemas kini untuk Alpha 7 III  yang dilancarkan pada tahun 2018. Penambahbaikan dilakukan pada sensor 33MP Exmor R BSI CMOS bingkai penuh yang membolehkan rakaman gambar sehingga 10 bingkai sesaat dan video pula sehingga 4K 60FPS. Ini menurut Sony menjadikan ini kamera pilihan buat pengguna hibrid yang melakukan penggambaran video dan fotografi statik.

image is not available

Sensor dipadankan dengan cip BIONZ XR  yang digunakan pada Alpa 1 dan Alpha 7S III sebelum ini. Sebagai kamera hibrid video, Alpha 7 IV dilengkapi butang khusus untuk rakaman video pada bahagian atas. Skrin LCD pada panel belakang boleh diubah pelbagai arah dan juga mempunyai sokongan sesentuh untuk memudahkan operasi.

image is not available

Menurut Sony, sistem penyejukan diperbaiki pada Alpha 7 IV membolehkan ia merakam pada resolusi 4K 60FPS berterusan selama sejam tanpa isu pemanasan. Perisian turut diperbaiki bagi membolehkan ia digunakan juga untuk penstriman langsung,

image is not available

Plihan I/O pula ialah port HDMI, bicu fon kepala, bicu mikrofon, USB-C 10 Gbps, USB-C untuk sambungan ethernet, dan micro-USB. Terdapat slot untuk kad memori CFexpress Type-A dan UHS-II SD. Sony Alpha 7 IV dijual pada harga $2,500 (~RM 10,391) tanpa lensa dan $2,700 (~RM 11,222) dengan lensa 28-70mm.