33 Tahun Tanpa Kemudahan Asas, Penduduk Kecewa

9 Oct 2021 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Generasi baru Orang Asli Bukit Gallah ini belum merasai kepesatan pembangunan, masih bergantung kepada generator dan air sungai untuk urusan harian. - Gambar Alif Omar

Sudah 33 tahun mereka sabar menunggu kemajuan, namun sehingga kini masih belum kelihatan. Kecewa? Sudah tentu namun apakan daya.

Inilah yang dialami golongan minoriti di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah di lereng Bukit Kristal, Seremban ini, tanpa kemudahan asas.

Mereka bergantung kepada generator untuk menyalakan lampu dan mengecas telefon bimbit serta air sungai untuk memasak dan membasuh.

Cukup tiga hari, generator terpaksa diisi minyak semula. Begitulah rutin kehidupan harian mereka.

Getaran, menerusi wartawan Zaidi Azmi, juruvideo Mustafa Kamal Ramli dan jurufoto Alif Omar menyingkap kehidupan Orang Asli suku kaum Temuan di Bukit Kristal, Seremban.