Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
13 Oct 2021 • 5:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Nothing Malaysia hari ini memecahkan kebuntuan apabila mengumumkan bahawa produk pertama keluaran mereka, Nothing Ear (1) akan mula dijual di Malaysia minggu ini. Fon telinga TWS (True Wireless Stereo, stereo tanpa wayar) ini menampilkan rekaan separa lutsinar, penyaring hingar aktif (ANC) dan hayat sehingga 34 jam bermain muzik.

Mereka yang berminat memiliki Nothing Ear (1) boleh membelinya mulai 16 Oktober 2021 di Stor Rasmi Nothing di Shopee, serta pengedar sah Nothing termasuk Senheng, Harvey Norman, DirectD dan Mobile 2 Go.

image is not available

Harga rasmi Nothing Ear (1) di Malaysia, telah ditetapkan kepada RM499. Seperti dimaklumkan lebih awal, fon telinga ini hanya ada 1 pilihan warna iaitu separa lutsinar.

Spesifikasi Nothing Ear (1)

Nothing merekacipta fon telinga Ear (1) dengan badan yang separa telus cahaya. Malah, bekas penyimpan berbentuk empat seginya juga telus cahaya. Bekas ini boleh menjadi tempat pengecas bagi fon telinga, dan ia sendiri boleh dicas menerusi port USB-C dan secara Qi wayarles.

image is not available

Fon telinga Nothing Ear (1) menyokong teknologi penyaring hingar aktif (ANC), serta mod Transparency, iaitu mendengar bunyi persekitaran tanpa mencabut fon telinga.

Baterinya memberi masa penggunaan sehingga 4 jam bersama ANC aktif dan 5.7 dengan ANC dimatikan. Bersama bekas pengecas, ia boleh membekal tenaga sehingga 24 jam penggunaan dengan ANC aktif, atau sehingga 34 jam penggunaan dengan ANC dimatikan.

image is not available

Teknologi Bluetooth 5.2 disokong oleh Nothing Ear (1) dan ia boleh dihubungkan dengan peranti Android dan iOS. Ia juga diiktiraf IPX4 iaitu kalis percikan air.

Layari laman produk Nothing Ear (1) untuk maklumat lanjut.