Dark Mode di Waze dalam fasa percubaan, bezanya tak ketara pun daripada yang sedia ada

Digital
25 Oct 2021 • 11:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Saya salah seorang penggemar dark mode dalam APP. Sekiranya ada APP yang hadir dengan fungsi itu, saya akan aktifkannya. Bukan sahaja lebih selesa pada mata, ia juga tidak membebankan paparan dan seterusnya menjimatkan bateri.

Ada segelintir pengguna Waze dilapor sedang menggunakan Waze versi percubaan yang ada fungsi Dark Mode. Ia mencadangkan yang fungsi ini akan hadir pada pengguna kebanyakkan dalam beberapa ketika nanti.

Tapi saya tak kisah pun tentang keberadaan dark mode pada Waze kerana yang akan terkesan bila dark mode dilancarkan kelak cumalah sebahagian kecil antara muka. Hal ini kerana, bila anda gunakan tetapan Night di Color Scheme, di dalam pilihan Map display, sebahagian antaramuka sudahpun bewarna hitam.

Kalau anda perlukan APP Navigasi yang sudah ada dark mode terbina, Google Maps telahpun memasukkan ciri itu awal tahun ini. Ia boleh diaktifkan melalui ruangan Setting.

Sumber: Android Police

Bacaan Berkaitan

Waze kini tunjuk laluan alternatif sebelum mula memandu sama seperti Google Maps

Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung

Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved