Xiaomi Kembali Menawarkan Ujian Beta Untuk Pengguna Global – Terhad Kepada Peranti Mi 11 Untuk Android 12

TechnologyDigital
1 Oct 2021 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi telah menghentikan ujian beta pada pengguna global sejak beberapa tahun lalu. Semua MIUI versi beta terhad kepada pengguna China sahaja. Ini adalah perkara yang sedikit mengecewakan, kerana pengguna global tidak dapat merasai apakah penawaran terbaru mereka dan memberi maklum balas.

image is not available

Terkini, Xiaomi dilihat akhirnya memberi peluang sekali lagi kepada pengguna global peranti mereka untuk menyertai ujian beta MIUI. Kali ini mereka membuka peluang kepada pengguna siri Xiaomi Mi 11, iaitu Mi 11, Mi 11i dan Mi 11 Ultra untuk menguji MIUI baharu berasakan Android 12.

MIUI ini masih lagi berasaskan MIUI 12.5 dan bukannya MIUI 13. Cuma pengguna akan dapat mencuba asas Android 12 dan mungkin akan ada beberapa fungsi dan ciri tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved