
“Bakal mak mertua suruh cucuk kalau nak kahwin” itulah ayat yang dikatakan oleh seorang lelaki berumur 28 tahun kepada doktor di pusat pengambilan vaksin (PPV).
BACA: Dos Penggalak Vaksin Pfizer Diluluskan KKM
Sekarang ini, ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan kerana kos untuk berkahwin sewaktu pandemik jauh lebih murah dari sebelum ini. Menerusi twitter Nur Farahaneem, ada seorang lelaki dewasa yang datang ke PPV kerana disuruh oleh bakal mak mertuanya jika mahu mengahwini anak perempuannya.
Netizen memuji
Berdasarkan perkongsian di twitter itu, ramai netizen yang memuji tindakan bakal mak kertua lelaki tersebut. Rata-rata memberi sokongan atas sikapnya yang meminta lelaki tersebut untuk mengambil vaksin.
Semalam ada lelaki 28 tahun datang ppv utk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak takleh kahwin dgn anak dia
— Nur Farhaneem (@NengPoji) October 7, 2021Hahah padan muka and good job mak mertua
Ada yang berbangga dengan lelaki tersebut kerana patuh kepada bakal mak mertua itu dan mengharapkan supaya mengizinkan lelaki tersebut kahwin apabila sudah lengkap dua dos vaksinasi.



Itulah kisah dan ragam rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama mengingatkan keluarga yang belum mendaftar untuk mengambil vaksin. Takkan bakal mak mertua suruh baru nak pergi cucuk kot?
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post Bakal Mak Mertua Suruh Cucuk Kalau Nak Kahwin appeared first on Oh! Media.


