Samsung Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition dan Galaxy Watch4 Bespoke Edition Diumumkan Dengan Pelbagai Pilihan Kustomasi Rekaan

TechnologyDigital
20 Oct 2021 • 10:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition telah diumumkan sebentar tadi dan menerusi ciri ini, pelanggan boleh mengkustomasi sendiri warna panel tubuh peranti, bingkai dan engsel. Terdapat 49 kombinasi rekaan berbeza boleh dilakukan oleh pelanggan untukZ Flip3 Bespoke Edition. Pelanggan hanya perlu melakukan kustomasi menerusi laman Samsung sebelum melakukan pesanan.

image is not available

Selain tubuh peranti yang direka mengikut kehendak pembeli, kotak Z Flip3 Bespoke Edition juga dikustomasi dengan warna yang dipilih. Dari segi spesifikasi tiada perubahan telah dilakukan kerana ia masih sama dengan Z Flip3 yang dilancarkan sebelum ini.

image is not available

Selain Z Flip3, kustomasi juga diberikan kepada Samsung Galaxy Watch4 Bespoke Edition. Pada waktu ini Samsung Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition hanya ditawarkan kepada pelanggan di Korea, AS, UK, Jerman, Perancis, Kanada dan Australia bermula hari ini.