Lanjutan daripada laporan Amanz pada awal hari ini, kini pihak Digi telah mengeluarkan notis rasmi, sekaligus berkongsi lanjut berkenaan dengan gangguan yang dialami pengguna.
Menurut Digi, pelanggan pascabayar mengalami capaian internet yang tidak stabil, membuatkan sambungan internet terputus secara rawak, dan kelajuan muat-turun lebih rendah daripada biasa.
Selain itu, Digi turut mengatakan beberapa perkhidmatan terjejas, termasuk aplikasi MyDigi, tambah-nilai melalui 7Eleven atau KK Mart, dan juga pembayaran bil melalui Maybank2U.
Digi meminta pengguna untuk melakukan tambah-nilai menggunakan UMB *128#, selain menggunakan bayaran melalui JomPay, kiosk Digi atau melalui aplikasi TnG.
Digi mengatakan pasukan Digi sedang berusaha untuk mengenal-pasti dan memulihkan keadaan ini secepat mungkin.

